Khamis, 23 September 2010

Tips sihat untuk mereka yang berdarah O

Tips sihat untuk mereka yang berdarah O: "
Assalamualaikum...


Hari ini saya nak berkongsi tips makanan untuk mereka yang berdarah O (saya pun darah O gak). Tips ini diambil dari salah satu koleksi buku yang pernah dibeli lama dulu. Tetiba teringat nak tengok resipi kat dalam buku tu. Jadi, sambil menyelam, minumlah air sekali. hehehe.


Fakta makanan orang berdarah O
    • Sistem pencernaan lebih sesuai dengan pengambilan protein haiwan (daging haiwan). Pengambilan yang tidak seimbang boleh menyebabkan ketosis. Untuk meminimumkan kesan ketosis, pilih daging yang organik atau daging ikan. Kandungan iodin dalam daging ikan boleh membantu mengurangkan berat badan...patutlah aku suka makan daging kambing :)

    • Ambil buah dan sayuran secukupnya (3-5 biji sehari)...susah tu. buah-buah ni jarang beli...

    • Kurangkan sumber makanan karbohidrat seperti nasi...ni paling susah...!!!

    • Kena rajin bersenam!...hehehe...tengok ar kalo rajin :p

    • Mengambil produk kekacang seperti tempe (soya yang tidak difermentasikan tidak baik untuk kesihatan). lihat en3 lepas tentang soya. soya tidak baik untuk kesihatan  

    Makanan yang meningkatkan berat badan orang berdarah O 


    • Tepung gandum dan Jagung-gangu fungsi insulin dan memperlahankan metabolisma

    • Kacang merah-ganggu pemanfaatan kalori

    • Kobis, kobis bunga, dan sawi- ganggu fungsi hormon tiroid

    Makanan yang baik untuk menurunkan berat badan orang berdarah O
    • Rumpai laut- tingkatkan penghasilan hormon tiroid

    • Hasil laut- ada banyak iodin dan menambah penghasilan hormon tiroid

    • Hati-sumber vit B dan meningkatkan metabolisma badan

    • Daging- Tingkatkan fungsi metabolisma. 

    • Bayam, brokoli dan kailan-Tingkatkan fungsi metabolisma. 



    Ok la. Cukup la setakat ni dulu. Lagi banyak aku tulis lagi susah aku sendiri nak buat nanti. Hahaha. Mulakan mana yang paling mudah dan perbaiki dari semasa ke semasa.Aku dah merasa sakit masuk hospital, masuk OT dan sebagainya. Masuk wad penuh dengan orang kencing manis...kene potong kaki. Da la aku ni berisiko tinggi. Memang sangat menginsafka...time tu la. Jadi sekarang nak cuba pelan-pelan. Aku nak sihat bukan sekadar kurus. Maka kena mulakan dengan tabiat makanan. Yang paling utama sekali halalan toyyiba dan menyihatkan. Jom sesama kita menyihatkan badan agar mudah beramal ibadat dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga dan orang sekeliling kita.


    Rujukan:
    Ketosis and ketoacidosis


    Sumber:

    Furdunesia@nline
    "

    9 ulasan:

    Tanpa Nama berkata...

    terima kasih utk catatan ini sigu..
    kf pun darah O jgak!

    Fantastic Ajane berkata...

    great info as... tp sya x tau pa jenis darah sya ooo...:)

    maisyah berkata...

    ooo...
    Samalah kita Uru..

    Jane..kalau surisumah cam ko aku rasa darah A la..kenapa?? coz ayat surirumah.. 'A.... (sebutan vokal ye..)....baru balik keje ke..?
    Hehehe..pinjam dari c Nabil Raja Lawak ba ni..

    m.a.r.i.n.a.r.i.z.u.a.n. berkata...

    tapi yg penting kite bkn darah O... info tuk darah jenis lain ada x? hehehe banyak songeh kannn..

    maisyah berkata...
    Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
    Tanpa Nama berkata...

    maaf lewat reply..

    sigu..sile check ini dulu..

    http://www.facebook.com/reset.php

    sigu kena masukkan no hp sigu yg sllu guna..

    sblm tue..
    click ayat ini

    "Sudah ada kod pengesahan?"

    ok abis ttg akaun fb..
    ....................
    utk email pulak..

    SILE view url ini:-
    https://edit.yahoo.com/forgot?stage=fe100&src=www&intl=my&done=http://malaysia.yahoo.com/&partner=

    *hrp dpt membantu..

    Tanpa Nama berkata...

    oh iye sigu klu sudah buat report,jgn kecoh2 iye takut lain pulak jadinye..

    apepun takecare...(*_*)

    MasaDahTime berkata...

    semua cara penjagaan makan tu penting tapi dalam banyak2 tu, rajin bersenam paling penting.

    ckynwan berkata...

    i darah O juga tapi kuat makan nasik, makan kobis n jarang makan buah. haiyaaa~

    Terbaru!!!

    Follower atau yang Melawat ke Blog Mummy...LET'S EXCHANGE OUR LINK ...

    Sekitar Majlis Pelancaran Mystar Sandakan 2010