Ahad, 21 November 2010

Doakan Yang Terbaik

Semalam jam 1 pagi ( sebenarnya sudah pagi kan?), saya dikejutkan mak dari tidur yang tidakla berapa lena, coz baru kejap tadi Putri nangis, hidung dia tersumbat sapu la dengan balm dalam 10 minit urut dia sampai tido balik.

Mak tanyakan
jaket baju saya, mak mau pakai p Hospital. Hospital?? Bulat terus mata saya bila dengar hospital...Eh..mak saya sakit ka...bapa kali yg sakit? Ndak sempat mau tanya mak sudah terangkan lebih lanjut. 'Kami sama bapa mau lawat 'Bapa Kumis' d hospital...

Hah?? lagilah banyak soalan d kepala saya...Pakcik saya cam elok2 ja kan, memang ada ambil ubat juga la..
Mak sambung lagi....(saya macam da traffic jam plak...hang sekejap). 'Bapa Kumis' jatuh tadi.' jatuh tu pengsan sebenarnya. 'Bila?', tu ja ayat yg keluar dari mulut saya ni. 'Taaadi..jam 10 malam. Sekarang da jam 1 pagi'.

Wah lama da tu...kenapa famili sana baru kabarkan pada kami? (
saya sempat juga bersoal jawab sendiri) Saya pun carila jaket tu..tapi bagi jaket biru, yg bukan dikehendaki mak. Sebabnya jaket biru lebih tebal dari jaket yg mak minta..hospital sejuk kan..malam2 camtu lagila sejuk saya kata.

Sambil2 mak belek2 jaket tu...dia berkata lagi..'Bapa Kumis tu, jantung dia da x kuat. Nadi pun susah d cari doktor. Rahmah (pupu perempuan), Arin (pupu lelaki) dan Tangah Bidah (makcik Bidah) ada sudah sana. Chuming (Bongsu Ming-pakcik bongsu saya), Kak Saimah (isteri dia), Tangah Pai (Pakcik saya juga), Tangah Nipah (makcik), Shuhada (pupu perempuan ting. 3), Abang Mansah (suami pupu saya)....semua di sana (kalau d ikutkan ramai lagi tau yg tunggu saja d rumah)' .

Cam serius da bunyinya ni...'Mak sudah telefon c Rahman (suami saya), suruh balik. ndak tau la dia mau ikut p hospital juga.' Beberapa minit Papa pun sampai. Bapa saya yang drive, saya x ikut tunggu rumah dengan adik lelaki saya yang sedang tengok bola sambil menunggu berita dari hospital.

x lama pastu ada mesej....'Bapa Kumis' punya jantung x fungsi..doktor da bagi ubat ndak boleh juga. Sekarang d beri bantuan pam oksigen. Doktor pam kuat betul sampai kaki dan tangan terangkat2...pastu berganti2 tangan.'



Ya Allah... (
berbaring semula tapi mata tidak lelap kerana fikiran ntah kemana). Dalam hati hanya berdoa dan berkata-kata.... 'Hanya Dia yang berkuasa menentukan segalanya, hanya Dia yang tahu perancangannya, mudah2an...'Bapa Kumis' dapat sedar sekejap lagi mahupun esok hari'.

Ligat fikiran menerawang mengimbas kembali kenangan 'Bapa Kumis'. Gelaran 'Bapa Kumis' kerana dia pakcik yang kawin dengan makcik saya mempunyai kumis dari mudanya. Boleh dikatakan sebatang kara...sangat menyukai lagu 'Diambang Sore'...kalau dinyanyi d majlis2 kawin...x miss la ni lagu. Sayu ja dengar dia nyanyi...rindu kampung halaman mungkin..

Hisssh...
apa ni..mengimbas2 segala! . Macam putus asa plak...Tidak..tidak..Doa yang harus didahulukan.. esok mesti melawat dia..semoga dia sedar dan masih berupaya lagi menunaikan ibadah d muka bumi ini... Amin...

*Terima kasih kepada Doktor Hospital Dutchess of Kent, yang bertugas semalam khidmat baktimu amat-amat dihargai

*Doakan pakcik saya ya...doalah yang amat berharga tidak ternilai ketika ini...Terima kasih semua.

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sigu, oh paci inilah yg suke nyanyi di ambang sore yg sigu kasitaw kelmrin dulu tu kan..harap beliau akn sedar kembali...

*erkk,emo plak bce entry ni..sgtlah tersayat hati apatah lagi sa dah alami peristiwa ini di depan mata...huhuhu

maisyah berkata...

Haah..
Mengenang kampung halamannya..namun dia tetap dcni selamanya bersama keluarga..

Tanpa Nama berkata...

sigu benarkah ape yg sigu tulis dichatbox tu? saya tergaman dan kelu lidah..

*salam takziah utk sigu sekeluarge..
moge sigu kuat,tabah dan redha iyer..saya mengerti dan faham sgt2 situasi sigu..utk seketika berehat dulu dari berbloging ..tenangkan fikiran tapi awas jgn sampai terbawa-bawa iyer jga kesihatan...

moge baek2 saje...

~mati itu pasti,hidup insya Allah~

hidup ini singkat seperti jarak antara masa azan dan iqamat...

sekian....

Fantastic Ajane berkata...

salam takziah as... sori telambat sa bca n3 ko ni oo... kuatkan hati ok.. jaga diri.

maisyah berkata...

Uru: Iya...terima kasih. Biasa d cni majlis tahlil akan diadakan selama 1 minggu. Alhamdulilah..baik2 saja ni, meratap pemergian seseorang terlalu lama tidak baik kan..

Terima kasih atas nasihat Uru..

ANIS HJ SUKARTI berkata...

opss.. sedih plak sy baca nie..
takziah dari sya.. lambat nie sy baca post sigu, baru sempat online..
saya hrp sigu baik2 dan sentiasa tenang dlm mengharungi dugaan Nya..

p/s: sy nak minx izin untuk panggil kakak boley?? (^__^)

Tanpa Nama berkata...

iyer sigu betul tue..uikn seminggu..? lain plak di sni,base kami 3 ari sak..pastu buat utk 40 dan 100 hari..

*tapi menurut hukum sbnrnye adlah bidaah amaln2 ni..sbb itu seperti membebankan keluarge si mati..wallahualam..!

maisyah berkata...

FA: Ya Jane..thanx..

maisyah berkata...

nadzirah: xpa...

*akak bleh ba kalau anis..

maisyah berkata...

Uru: ya..seminggu tapi kenduri dia hari ke 3, dan 7..yg lain2 ari tu tahlil sj.. ada betulnya dctu..tetapi ini adalah lebih kepada sedekah kan (makanan dan minuman yg dihidangkan)..terutama jiran2 terdekat yg agak susah..

xla menyusahkan..dcni setiap org meninggal memang lebihla sedekah yg d terima. selain tu..kami sekeluarga (besar) masing2 akan bantu jg keluarga arwah ni..Insyaallah..tidak terasa susah..ya Uru..

Terbaru!!!

Follower atau yang Melawat ke Blog Mummy...LET'S EXCHANGE OUR LINK ...

Sekitar Majlis Pelancaran Mystar Sandakan 2010