Salam semua..harap2 sihat sejahtera hendaknya.
Sudah hampir bersawang blog ku ni, ada sudah Geng2 blog yang perasan..jarangnya update blog hehehe..
Tau2 ja la IBU ni kan..baru2 ni bawa baby girl ke Klinik untuk suntikan terakhirnya setelah mencecah 1 setengah tahun. Wah besar sudah anak 'perawan' ku..
Semasa di klinik kamila yang paling awal, nurse pun belum panas punggung duduk..kami da datang. Baby girl ni aktif tau walaupun lemah lembut ja tapi kalau nampak kucing...habisla selamatkan la dirimu wahai kucing..Tengokla gambar tu masam da muka dia bila kucing lari 'menyelamatkan diri', terkial-kial kucing tu..
Putri Nur maisarah nama diberi, Anak yang cumil si buah hati, Menjadi hiburan di kala sunyi Dengan kepelatannya yang mencuit hati.
Bolehla...kan..
Beberapa hari yang lalu sempat jugala bertandang ke rumah pakcik bawa si Putri Gunung Kinabalu ni..sekalinya menangis! aduuuss...inila kalau anak jarang betul berjalan ke rumah saudara..kalau ke rumah 'yeyeh' nya si 'Giant' tu nda (tidak) pula menangis!
Terpaksala si mama ni mengeluarkan handphone dan bergambar-gambarla kami dua orang di rumah pakcik ni..macam model la..Putri kan suka bergambar..Samalah macam abang dia nih..
Pantun satu...!
Mohammad Asmiezan Sah anak pertama, Budaknya cerdik idea mencurah-curah, Menyanyi lagu mengikut rentaknya, Kadang di ubah ikut dia punya sukalah...
(kasian pencipta lagu...hehehe..)
Si abang ni Peminat Upin Ipin,Mr.Bean, Ben 10,Bola Kampung, Kampung Boy..pendek kata hampir semua kartun dalam TV tu dia suka.
Memang tidak berganjak depan TV la.. Lagu intro suma dia hafal rentaknya..masih pelat tapi pandai-pandai dia ja ubah lagu 'Twinkle Twinkle Little Star' jadi lagu Melayu..kalau ngam maksudnya nda pa la juga..ini orang melayu pun tak faham..hahaha..
Samalah dengan adiknya..nyanyi ja..lagu2 juara hit AF suma diorang nyayi (walau masih versi Jerman la..kihkihkih..)Tapi ikut rentak sebiji geng.. eseh..puji nampak..mestilaa..
Tebiat yang sama juga berlaku pada abang iaitu menangis bila saja ada saudara yang datang ke rumah! Ok..beza cuma adik nangis bila p rumah orang, abang nangis bila orang p rumah kita.. aduuuh narayang! Sabar ja la...
Walaupun begitu, kami suami isteri akan training adik-beradik ni menggunakan flash card yang ada gambar wajah2 suku sakat dan kaum kerabat keluarga terdekat kami. Emm...pelajaran baru..
Ni la gambar latest Miezan dan Putri....cam mama dan Papa kan..
2 ulasan:
comelnye!
alo2....tomei2 sume....abang adik same sweet..huhuu
Catat Ulasan